PENGENALAN

 


APA ITU SUKAN ? 

          Sukan ialah suatu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita ini. Di negara Malaysia ini terdapat pelbagai jenis sukan dari pelbagai jenis kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Ada sesetengah kajian membuktikan bahawa perpaduan masyarakat kita boleh dipupuk menerusi acara sukan atau permainan yang diadakan tersebut. Situasi ini mendidik masyarakat tentang sesuatu kebaikan dalam bentuk positif atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut iaitu kaum melayu, cina dan india. Hal ini demikian, juga kegiatan sukan atau permainan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan atau permainan kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, hubungan yang erat dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Justeru, kegiatan sukan atau permainan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan antara mereka.


APA ITU PERPADUAN ?

         Perpaduan merupakan penyatuan hubungan yang erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan masyarakat atau kumpulan.Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat di negara ini untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan negara.Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum yang dapat hidup dengan harmoni.Antara kaum di Malaysia iaitu Melayu,Cina,India Kadazandusun dan Iban.Perpaduan ini tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan meyemarakkan lagi isu perkauman di kalangan kaum di negara kita ini.

Comments