BOLA JARING


PASUKAN BOLA JARING KEBANGSAAN MALAYSIA


      Pasukan bola jaring yang mewakili Malaysia dalam persaingan antarabangsa. Pada tahun 2005, pasukan Singapura memenangi Kejohanan Bola Jaring Asia dengan jaringan 53-39 ke atas pasukan Malaysia. Malaysia layak ke Kejohanan Bola Jaring Dunia pada edisi 2011 di Singapura, menamatkan di kedudukan keenam belas. Pasukan untuk Kejohanan Dunia dilatih oleh Choo Kon Lee dan diketuai oleh Aruna Santhappan. Sehingga 21 Julai 2019, pasukan Malaysia berada di tangga ke-27 dalam Kedudukan Dunia INF. Berikutan pelantikan Tracey Robinson Australia sebagai ketua jurulatih pada tahun 2016, pasukan Malaysia menjadi Juara Asia pada tahun 2016, menewaskan Sri Lanka pada perlawanan akhir dan menyusuli kemenangan dengan kemenangan lain pada 2017 di Sukan Asia Tenggara selepas membelasah Singapura dalam perebutan pingat emas di perlawanan akhir. Pasukan Malaysia sekali lagi ulangi pencapaian 2017 pada temasya Sukan Asia Tenggara 2019 di Filipina dengan menundukkan lawan yang sama dengan keputusan 48-42, sekaligus mempertahankan pingat emas.

        Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891.

      Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.




AN NAJWA AZIZAN

       An Najwa Azizan bakal menjadi pemain Malaysia pertama berkelana ke luar negara apabila aksinya ditagih sebuah kelab di Australia. Kelab Bola Jaring GWS Fury yang berpangkalan di New South Wales, Sydney, bakal menjadi destinasi Najwa apabila Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) bersetuju melepaskan beliau beraksi dalam Liga Perdana Samsung 2018 yang dijangka bermula Julai hingga September ini.

         Untuk rekod, Najwa berjaya membantu skuad bola jaring negara mengakhiri penantian 16 tahun untuk memenangi pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan beliau juga merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP) Kejohanan Bola Jaring Asia 2016 di Bangkok.


Comments