BADMINTON


                                                  PASUKAN BADMINTON MALAYSIA


          Sukan sudah lama main peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan di negara kita. Bagi generasi lama, sudah pasti dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan negara ketika memenangi Piala Thomas. Malaysia memenanginya pada 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

            Ketika itu kita dapat lihat bagaimana sukan badminton menyatu dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang begitu berbangga dengan pencapaian negara memenangi piala berprestij itu. Bahkan, termaktub dalam sejarah, Malaya adalah negara pertama memenangi Piala Thomas pada 1949 apabila menewaskan Denmark dalam pertandingan akhir di London. Pasti ramai yang masih ingat wira negara Piala Thomas 1992 yang terdiri daripada Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Razif Sidek, Jailani Sidek, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Mereka membawa pulang Piala Thomas setelah kali terakhir memenangi piala berkenaan pada 1967.

           Daripada beberapa contoh kejayaan yang dipaparkan tadi, dapat dibuktikan sukan memainkan peranan penting dalam memupuk dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan di negara kita. Sukan badminton adalah salah satu organisasi sukan yang tidak di banjiri oleh satu kaum saja akan tetapi ianya dibanjiri oleh pelbagai kaum.






NAMA PENUH : DATUK LEE CHONG WEI
TARIKH LAHIR : 21 OKTOBER 1982
TEMPAT LAHIR : PENANG, MALAYSIA
KERJAYA : PEMAIN BADMINTON PERSEORANGAN LELAKI


PENCAPAIAN 

1) Memenangi dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2006 dan dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia sebanyak dua kali pada tahun yang sama.

2) Telah menjuarai Piala Thomas beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967.

3) Chong Wei telah muncul selaku Juara (4 kali) dan Naib Juara (1 kali) Pusingan Akhir Superseries Dunia BWF. Beliau juga merupakan Juara (12 kali) dan Naib Juara (4 kali) Superseries Premier Dunia BWF. Selain itu, beliau pernah muncul Juara (30 kali) dan Naib Juara (13 kali) Superseries Dunia BWF.






NAMA PENUH : LEE ZII JIA
TARIKH LAHIR : 29 MAC 1998
TEMPAT LAHIR : ALOR SETAR, KEDAH


PENCAPAIAN

1) Lee Zii Jia merupakan seorang pemain badminton Malaysia. Pada 2019, beliau telah menjuarai acara  badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. 

2) Pada November 2016, Lee Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkar separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.

3) Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.




Comments