BAGAIMANAKAH AKTIVITI KESUKANAN BOLEH MENJALINKAN PERPADUAN KAUM
Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.Contohnya,aktiviti bersukan dapat menggeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Selain itu, negara Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain atau penonton. Di samping itu, bersukan juga dapat menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan. Negara yang tercinta ini dapat mencapai kemajuan justeru mampu bersaing dengan negara lain.
Di samping itu, bagi mempergiatkan sukan ke arah perpaduan boleh dimulakan dari peringkat sekolah lagi. Dasar menggalakkan setiap pelajar mengambil satu sukan mampu melibatkan lebih ramai anak muda terlibat dalam sukan sekaligus dapat mempertingkatkan usaha dalam menjadikan sukan ke arah perpaduan kaum di Malaysia. Selain itu, percampuran antara rakan-rakan atlet daripada pelbagai bangsa dan kaum dalam satu pasukan dapat menjalinkan perpaduan kaum. Ia juga dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam diri setiap individu.
Comments
Post a Comment