KESIMPULAN

 

   Ini dapat disimpulkan bahawa kajian yang dilaksanakan adalah benar kerana bidang sukan merupakan aspek yang penting untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Di samping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental seseorang individu. Sukan juga dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa, budaya dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat peepaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. 


TERIMA KASIH KERANA TELAH MELAYARI BLOG KAMI 

Comments