BOLA SEPAK

BOLA SEPAK SEBAGAI EJEN PENYATUAN PERPADUAN KAUM


        Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan, perpaduan dan membina negara untuk kegunaan semua lapisan masyarakat. Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata dan percaya itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 1990-an  dan percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat bukan Melayu, zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan. Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengajak masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-anak mereka.

           Apabila kita berbicara tentang bola sepak atau menontonnya, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus kepada perkara yang kita sama-sama minati. Seperti sukan lain, bola sepak juga tidak mengenal warna. Bersukan bersama rakan-rakan daripada kaum lain boleh membantu menyatupadukan manusia daripada keturunan dan warna kulit berbeza. "Sebab itulah, menyokong sesebuah pasukan negara tanpa mengira bangsa pemainnya, boleh mengukuhkan perpaduan nasional,".

           Melalui bola sepak kita sama-sama bersatu menyokong dalam satu semangat. Menang atau kalah itu perkara lain. Sukan bola sepak juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan pemain.






MALAYSIA BENAM BANGLADESH, SAH LAYAK KE PIALA ASIA 2023


       Malaysia menamatkan kemarau lebih 40 tahun gagal layak secara merit ke Piala Asia selepas menumpaskan Bangladesh dengan keputusan empat gol berbalas satu. Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengumpul enam mata sekali gus muncul antara lima naib juara terbaik yang layak ke kejohanan pada tahun hadapan itu.









Comments