Posts

Showing posts from October, 2022

PENGHARGAAN

      Selamat sejahtera. Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Puan mariani kerana membantu dalam memberi sokongan dan panduan yangdiberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan  persoalan yang diajukan dengan jelas sekali. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah jemu memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan blog ini. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat blog ini secara langsung dan secara tidak langsung.